Watak dan perwatakan Yamada_Hanatarō

Hanatarō bersifat penakut dan cepat gentar. Dia memiliki rambut hitam yang agak panjang, dan seringkali berkelakuan kekok dan mudah diperdaya. Disebabkan sifat dirinya yang lemah lembut, dia seringkali menjadi mangsa buli dan bahan ketawa. Ini dibuktikan lagi apabila dia mengatakan dalam sebuah bab omake dalam jilid 13 bahawa dia merupakan "budak yang paling banyak dibuli di seluruh dunia." Tambahan pula, hari jadinya jatuh pada April Fools' Day atau Hari Lawak April, iaitu pada 1 April, maka ramai orang meluangkan masa pada hari tersebut memperbodohkannya.[2] Menurut Kon, Hanatarō mempunyai rupa yang "membosankan meskipun cukup popular dikalangan wanita".

Meskipun berupa seperti seorang pengecut dan lemah, dia kadang-kala berkelakuan agak berani juga. Selepas mendengar kejadian yang menimpa diri Kuchiki Rukia, dia telah cuba untuk menyelamatkannya, walaupun mengetahui akan rekod jenayahnya dan kedudukannya pada waktu itu. Selepas berjumpa dengan rakan Rukia, iaitu Kurosaki Ichigo, Hanatarō bertekad untuk membantu Ichigo menyelamatkan Rukia, walaupun memahami bahawa jika mereka tertangkap dirinya akan dipenjarakan kerana membelot. Selepas menyaksikan pertarungan Ichigo yang berlawan kerana apa yang dipercayainya, Hanatarō telah membuat keputusan bahawa dia juga akan mula memainkan peranan yang lebih penting daripada hanya melihat dari jauh sahaja, dan telah mula membawa zanpakutōnya bersama dirinya.

Hanatarō menyatakan apabila memperkenalkan dirinya bahawa namanya agak mudah untuk diingati, meskipun Ichigo berkata sebaliknya, iaitu namanya akan mudah diingati jika berbunyi Hanako (nama perempuan) atau Tarō (nama lelaki). Namanya iaitu Hanatarō, menurut Ichigo, adalah mengelirukan. Perkataan Hanatarō sebenarnya merupakan kesan daripada susunan dan campuran yang disengajakan oleh Tite Kubo, iaitu asalnya muncul di antara Yamada Tarō (nama seorang lelaki yang tidak diketahui namanya, seperti John Doe) dan Yamada Hanako (nama seorang wanita yang tidak diketahui namanya, seperti Jane Doe). Dengan mencampuradukkan elemen-elemen tersebut, kemungkinan besar Tite Kubo cuba menyatakan bahawa Hanataro sebenarnya seorang yang tidak penting langsung dan tidak perlu diberi perhatian.

Di atas sebab kemahiran berlawan Divisyen 4 kurang handal berbanding divisyen-divisyen lain, mereka selalunya ditugaskan untuk membersihkan Seireitei, misalnya seperti menyapu dan membersihkan loji dan sel-sel penjara. Justeru, Hanatarō dan ahli-ahli lain dalam Divisyen 4 amat mahir dalam selok-belok loji bawah tanah, termasuklah koridor esoterik dan dapat mengakses kebanyakan kunci bangunan di sana.